Khamis, 16 Jun 2011

Cuti

Sepatutnya aku sudah ke sekolah. Cuti bersalin 90 hari dah habis empat hari sebelum cuti penggal yang lalu. Alang-alang aku sambung mc dengan dr. Anuar.

Isnin lepas aku ambil cuti rehat, hantar mertua ke KLIA. Selasa dan Rabu dapat mc dari hospital Putrajaya. Hari ni ???
 Waa..aku kena cari mc lagi sebab semalam dengan yakinnya aku tel sekolah..minggu ni saya mc lagi ye!

Tak rindukah aku pada sekolah ? Sape kata tak rindu. Malah aku dilanda rasa serba salah ..apa taknya, rakan-rakan yang lain terpaksa reliefkan kelasku. Bukan sehari dua dah 3 bulan lebih sebab masa cuti bersalin dulu tak ada guru ganti. Kasihan mereka. Apa yang boleh aku buat ?? Pergi sekolah ? Oh tidak !!!!

Hakikatnya aku masih belum bersedia untuk ke sekolah. Luka akibat pembedahan tempohari dah sembuh tapi kesannya..masih tidak banyak berubah. Bibir sebelah kanan masih belum boleh digerakkan. Macam mana aku nak mengajar dalam keadaan senget-senget begini.

"Ala..tak nampak sangat lah. Budak-budak tentu faham.." ayat tulah yang biasa aku dengar dari orang yang datang menziarahiku.
 Memangla patut depa cakap macam tu.. takkan la pulak nak cakap " kesiannya....nampak kelakar la pulak..." Itu dah tak beradab namanya.

Aku cuba lawan perasaan sendiri..bak kata pengetuaku "memanglah cikgu nampak sihat tapi secara psikologinya bila berhadapan dengan anak murid saya bimbang akan menambah stress yang sedia ada. Cikgu bincanglah dengan doktor, saya tak ada halangan." Terima kasih bos !

Aku sentiasa berdoa agar Allah mempermudahkan urusan rakan-rakan yang mereliefkan kelasku, memikul semua tugas-tugas lainku di sekolah. Semoga Allah membalasnya dengan tempat yang paling istimewa di  al-Firdausi nanti.

Ya Allah..berikanlah kesembuhan pada wajahku ini. Kembalikanlah fungsi asalnya agar aku dapat meneruskan tugas-tugasku mendidik anak bangsa mengenali dan mencintaiMu. Sembuhkanlah penyakitku Ya Rahman..wahai tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan