Ahad, 24 Julai 2011

Sekadar catatan bagi sebuah perjalanan menuju kehidupan abadi..

Selepas ini...catatanku akan menggunakan ganti nama "umi".
Kenapa ???  Ya...catatan ini sebenarnya hanyalah sebuah coretan buat tatapan anak-anak permata hatiku.
Aku tidak pasti .... tatkala mereka sudah pandai membaca blog ini..aku masih ada lagikah?

Tetapi aku tidak pernah putus harapan...hatiku tidak pernah berhenti meminta.
Janganlah tuhan mengambil nyawaku sebelum Dia mengampunkan semua dosa-dosaku.....
Jika takdir umurku tidak panjang..biarlah seboleh-bolehnya sehingga semua anak-anakku sudah pandai solat dan solat tanpa perlu  disuruh-suruh.
Biarlah Imtiaz ,Ikhwan, Ibtisam dan Irdina sudah khatam al-Quran dan mereka sentiasa  membacanya tanpa perlu diingatkan lagi.

Subnanallah.. pada ketika itu aku tersangat reda....kerana merekalah hartaku yang paling bernilai...

Kemoterapi di HKL

Akhirnya..kutemui jawapan. Demi kelansungan hidup..untuk anak-anak permata hati yang masih kecil.
Isnin 4.7.2011 - masuk wad di HKL untuk rawatan kemoterapi. Aku pasrah dengan takdir ini.

Berada di wad kelas 3 buat aku insaf. Sesak ! katil disusun rapat 4-5 buah setiap baris. Manakala pesakitnya terdiri dari orang-orang kampung yang tidak bekerja atau bekerja sendiri ( x de GL ).
Makanan yang dihidangkan...subahanallah...sangat meloyakan. Ayam masak kurma ...sepatutnya sedap! Tapi sayang ..dagingnya masih mentah. Aku melihat hampir semua tray dipulangkan tanpa seorang pun memakannya.
Bukankah membazir ? Biarpun kelas 3 kenapa mesti begitu?
Mereka tidak kisah...jika kuantitinya sikit atau pun kecil tapi biarlah boleh ditelan oleh tekak yang dah sedia sakit. Bagi mereka yang berduit..bolehla beli makanan lain..tapi larat ke kalau hari-hari ?

Hari kedua..pindah ke kelas 2. Alhamdulillah..selesa sebab hanya 3 buah katil sebaris. Tapi kualiti makanan hampir sama dengan kelas 3. kalau ikan atau ayam...sedikit meloyakan untuk ditelan. Kak Noraini..lebih sanggup jadi vegetarian..daripada dapat ayam yang tak cukup masak!! merah lagi tu....

Hari ketiga..pindah wad kelas 1.Ubat kemo sudah 24 jam bermula.
Ya Allah...Tuhan Yang  Maha Mengetahui apa yang terlintas di hatiku.  Aku sudah mula muntah-muntah. Katilku betul-betul di tepi tandas. Begitulah Allah mempermudahkan urusanku.
Melalui hari-hari yang sangat menyeksakan. Mujurlah suamiku datang.
Hampir 2 hari aku muntah..hijau!kuning!buih! semua ada. Lagi dahsyat sampai muntah hitam !
"Bang ..kalau orang tua berak hitam tanda nak mati..agaknya muntah hitam ni pun tanda nak mati tak ?.."

Akhirnya doktor menambah ubat tahan muntah kepada yang lebih kuat. Alhamdulillah..muntah berkurangan walaupun masih ada.
Berada di sini..melihat kesukaran, kesakitan dan penderitaan orang lain buat aku insaf. Sedikit benar nikmat yang Tuhan tarik berbanding mereka..   Alhamdulillah..aku redha dengan ujian ini.

Cuma aku sedikit ralat...hanya beberapa orang pesakit yang solat. Selebihnya..tak pasti..atas alasan apa mereka meninggalkan solat. Walaubagaimanapun..aku puas! Allah beriku kekuatan untuk membantu beberapa orang pesakit yang hendak solat.
Atau setidak-tidaknya mulutku ringan bertanya ..makcik dah solat ? Begitulah rupanya Allah mengatur..tidak di sekolah..tapi di hospital aku masih boleh berdakwah!

Ya Allah berilah aku kekuatan...jika sakit ini memberi ruang untukku  menyebarkan risalahMu..  permudahkanlah wahai Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.

Khabar dari Putrajaya - Result PET Scan

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

14.06.2011 temujanji untuk PET Scan di Putrajaya, setelah agak lama tertangguh.  Sehari sebelumnya, 13.06.2011 mak dan bapa mertuaku dijadualkan berangkat menunaikan umrah.

Subhanallah..betapa aku melihat kebesaran Allah yang mendengar dan menunaikan kata hatiku. Urusanku dipermudahkan. Balik dari KLIA kami terus chek in di Oden Homestay Putrajaya.

Proses menunggu untuk PET Scan sangat lama. Akhirnya pukul 4 ptg baru selesai semuanya. Aku dinasihatkan banyak minum air untuk mengeluarkan radioaktif yang ada dalam badan dan kuarantin 10 jam dari orang ramai.

28.06.2011-  telefon dari Siti Khadijah - nurse Dr. Amin meminta aku datang ke HKL kerana result PET Scan dah keluar. Terdetik di hati kecilku...mesti ada yang tidak kena.

30.06.2011 - Sah !! Memang ada yang tak kena. Dr. Amin menjelaskan satu persatu berkenaan kanserku. Gambar jelas menunjukkan sel telah merebak di dua kawasan utama. Sekitar kawasan parotid dan tulang belakang pinggul. Terasa dunia gelap seketika. Apatah lagi bila doktor mencadangkan rawatan ditukar kepada kemoterapi.

Ada pilihan tak doktor?  Dr. Amin memberi pilihan yang tak sepatutnya dipilih pun.
Radioterapi sebenarnya tidak banyak membantu untuk sel yang telah merebak sepertiku. Dr. minta aku masuk wad hari Isnin depan untuk memulakan kemoterapi. Dadaku sebak..dan aku minta tangguh..biar saya fikir dulu dr.
Nak fikir apa ? tanya dr.
Saya nak fikir dulu dr. nanti saya call semula... Aku tidak boleh membuat keputusan. Dadaku sebak.

Kemoterapi....??? Maknanya sudah stage 4. Walaupun dr. tak cakap..aku tak ingin bertanya...tapi aku tahu berdasarkan bacaan di internet.
Ya Allah.... aku ingin solat istikharah...mohon petunjuk dari Allah jika itu adalah jalan yang terbaik buatku.

Lepas jumpa dr. aku mengajak suami shopping di Jalan Masjid India. Kami meronda-ronda mencari baju raya anak-anak. Tapi sebenarnya...hatiku tidak gembira...semua baju/kain yang dijual ku pandang sepi. Tak de mood. Akhirnya aku hanya membeli sehelai telekung solat sahaja.

Dalam perjalanan balik..aku cuba melelapkan mata. Kenapalah mata ni tak sporting. Tak nak tido... puas ku pejam-pejamkan tapi air mata yang keluar. Ya Allah...peringatan apakah ini ???

Kami berhenti solat Asar di hentian tol Lanchang. Tanpa dapat ku tahan lagi...aku menangis semahu-mahunya di bahu suamiku. Buat pertama kali aku menangis begitu di hadapannya setelah 10 tahun kami bersama.
Bagaimana hendak ku jelaskan pada emak ?? Sedangkan selama ini aku merahsiakannya. Bagaimana keadaannya nanti....kasihan anak-anak yang masih kecil. Kuatkah abang untuk menempuh semua ini ??
Aku menangis dan menangis...dengan harapan balik ke rumah nanti aku boleh berlakon seperti tiada apa-apa.

Ya..aku berjaya..bila mak tanya aku hanya menjawab dr. suruh masuk wad minggu depan..tanpa menjelaskan apa-apa. Biarlah..aku perlu menunggu masa yang sesuai untuk bercerita.

Begitulah.....ibarat traffic light..jika dulu yang hijau sudah bertukar kuning. Kini...yang kuning sudah mula berkelip-kelip. Aku cuba positif..betapa Tuhan mendengar bisikan hatiku selama ini.
Pernah terlintas dihatiku...jika sudah sampai masa untuk aku pergi......Ya Allah..berilah sedikit signal agar aku bersedia. Terlalu banyak kes-kes kematian mengejut...aku tidak mahu begitu. Bimbang nyawaku ditarik tatkala aku sedang lalai ..aku ingin pergi dalam keadaan mulia. Mulia di sisiMu Ya Allah..setelah kau ampunkan semua dosa-dosaku.

Maka....anggaplah khabar dari  Putrajaya ini satu signal.
Signal dari Tuhan...agar aku bersedia. Mungkin juga sebagai teguran buat diriku yang lalai. Lulusan Pengajian Islam ...tetapi  amal ibadat seperti budak sekolah agama rakyat !!!
Ya Allah..malunya aku kepadaMu...astaghfirullahal'azim.