Isnin 4.7.2011 - masuk wad di HKL untuk rawatan kemoterapi. Aku pasrah dengan takdir ini.
Berada di wad kelas 3 buat aku insaf. Sesak ! katil disusun rapat 4-5 buah setiap baris. Manakala pesakitnya terdiri dari orang-orang kampung yang tidak bekerja atau bekerja sendiri ( x de GL ).
Makanan yang dihidangkan...subahanallah...sangat meloyakan. Ayam masak kurma ...sepatutnya sedap! Tapi sayang ..dagingnya masih mentah. Aku melihat hampir semua tray dipulangkan tanpa seorang pun memakannya.
Bukankah membazir ? Biarpun kelas 3 kenapa mesti begitu?
Mereka tidak kisah...jika kuantitinya sikit atau pun kecil tapi biarlah boleh ditelan oleh tekak yang dah sedia sakit. Bagi mereka yang berduit..bolehla beli makanan lain..tapi larat ke kalau hari-hari ?
Hari kedua..pindah ke kelas 2. Alhamdulillah..selesa sebab hanya 3 buah katil sebaris. Tapi kualiti makanan hampir sama dengan kelas 3. kalau ikan atau ayam...sedikit meloyakan untuk ditelan. Kak Noraini..lebih sanggup jadi vegetarian..daripada dapat ayam yang tak cukup masak!! merah lagi tu....
Hari ketiga..pindah wad kelas 1.Ubat kemo sudah 24 jam bermula.
Ya Allah...Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang terlintas di hatiku. Aku sudah mula muntah-muntah. Katilku betul-betul di tepi tandas. Begitulah Allah mempermudahkan urusanku.
Melalui hari-hari yang sangat menyeksakan. Mujurlah suamiku datang.
Hampir 2 hari aku muntah..hijau!kuning!buih! semua ada. Lagi dahsyat sampai muntah hitam !
"Bang ..kalau orang tua
Akhirnya doktor menambah ubat tahan muntah kepada yang lebih kuat. Alhamdulillah..muntah berkurangan walaupun masih ada.
Berada di sini..melihat kesukaran, kesakitan dan penderitaan orang lain buat aku insaf. Sedikit benar nikmat yang Tuhan tarik berbanding mereka.. Alhamdulillah..aku redha dengan ujian ini.
Cuma aku sedikit ralat...hanya beberapa orang pesakit yang solat. Selebihnya..tak pasti..atas alasan apa mereka meninggalkan solat. Walaubagaimanapun..aku puas! Allah beriku kekuatan untuk membantu beberapa orang pesakit yang hendak solat.
Atau setidak-tidaknya mulutku ringan bertanya ..makcik dah solat ? Begitulah rupanya Allah mengatur..tidak di sekolah..tapi di hospital aku masih boleh berdakwah!
Ya Allah berilah aku kekuatan...jika sakit ini memberi ruang untukku menyebarkan risalahMu.. permudahkanlah wahai Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan