Selepas ini...catatanku akan menggunakan ganti nama "umi".
Kenapa ??? Ya...catatan ini sebenarnya hanyalah sebuah coretan buat tatapan anak-anak permata hatiku.
Aku tidak pasti .... tatkala mereka sudah pandai membaca blog ini..aku masih ada lagikah?
Tetapi aku tidak pernah putus harapan...hatiku tidak pernah berhenti meminta.
Janganlah tuhan mengambil nyawaku sebelum Dia mengampunkan semua dosa-dosaku.....
Jika takdir umurku tidak panjang..biarlah seboleh-bolehnya sehingga semua anak-anakku sudah pandai solat dan solat tanpa perlu disuruh-suruh.
Biarlah Imtiaz ,Ikhwan, Ibtisam dan Irdina sudah khatam al-Quran dan mereka sentiasa membacanya tanpa perlu diingatkan lagi.
Subnanallah.. pada ketika itu aku tersangat reda....kerana merekalah hartaku yang paling bernilai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan