Isnin, 20 Jun 2011

Taaruf ( Part 1 )

Lagu ini sangat bermakna buatku. Senikatanya sangat menikam kalbu. Gambar ( profile )  diambil selepas beberapa jam aku dikhabarkan  kanser oleh dr dari Kuantan Specialist. Sedikit sebanyak aku sebenarnya sudah bersedia. .

Benjolan di pipi kananku ini sebenarnya sudah lama. Aku sendiri tidak menyedari sehingga ditegur oleh mak mertuaku, rasa-rasanya masa tu tahun 2006. Benda tu kecil sahaja malah langsung tidak menyakitkan. Apa aku nak kisah..lantaklah.

Lama kelamaan terasa semakin membesar sehinggalah tahun 2010, kak Nor (rakan sekerja) memaklumkan benjolan sepertiku ada keluar dalam Berita Harian ( 29.08.2010 ). Setelah membacanya, aku terkedu. Tidak terfikir langsung dek minda bahawa ianya boleh menjadi kanser. Tapi aku masih relax lagi sebab artikel tu kata hanya 20% boleh jadi kanser.

Aku mengajak suami berjumpa doktor apatah lagi aku sudah mula tidak selesa apabila baring mengiring ke sebelah kanan. Kami ke Klinik Sulaiman Temerloh dan doktor terus refer ke Kuantan Specialist ( atas permintaan sebab hospital gomen mesti lambat ). Nampak macam cuak je doktor tu.

Nak dijadikan cerita, kali pertama pergi Kuantan Specialist  kami tak bawa gl ( my husband la..lupa ). Nak bayor sendiri ?? Mak oi..mahal bebenor. Putih mata, datang jauh-jauh balik aje.

Selang dua minggu pergi lagi..kali ni bawa gl siap-siap. Dengan confidentnya..pergi...dapat la jumpa Datuk Dr. Ng (pakar surgery). Yang tak sedapnya dia cakap "kita kena buat biopsi dulu baru tahu apa dia, tapi kena datang lain hari sebab hari ni Lab tutup"

 Toing ! Toing !! Cerdik alam betul la..sape suruh gi hari Sabtu. Yang ye nya aku ingat kat swasta tak de la cuti-cuti macam kerajaan. Sekali lagi..pergi balik free aje. Jauhnya mak oi !! dekat 2 jam naik highway.

Akhirnya, 16.09.2010 barulah dapat jumpa Dr. Huzaimi ( Datuk Dr Ng cuti..). Ambil darah, buat biopsy..nak buat CT Scan...O!O!O! aku tengah pregnant. So tukar kepada scan sahaja. Result akan dimaklumkan dua minggu selepas itu.

09.10.10 kami ke Kuantan lagi. Kali ini jumpa Datuk Dr. Ng .. dengan teratur dia menerangkan keputusan biopsy agak kurang baik..sel tersebut adalah kanser. Aku dinasihatkan mendapatkan second opinion kerana pembedahan perlu dijalankan segera sedangkan aku tengah  mengandung ( lebih kurang 2 bulan).

Reaksi ?? Ku sambut berita tersebut dengan ketawa kecil. Kanser doktor ? Ok lah...full stop!! Suamiku terdiam tanpa sebarang reaksi. Ketika itu, tidak terasa pula hendak menangis. Mungkin aku sudah bersedia kerana gerak hatiku sudah memberi signal sama seperti yang disebutkan oleh dr tadi.

Baliknya, kami singgah di Gambang Water Park. Bawa anak-anak bersuka ria. Ketika inilah rasa sayu mula menjengah. Melihat anak-anak yang masih kecil..sukar nak digambarkan. Dan akhirnya..sepanjang perjalanan balik airmataku tidak berhenti mengalir. Mujurlah hari beransur malam..(gelap..dah tu aku duduk belakang dengan anak-anak). Perjalanan balik yang sunyi..suamiku juga seperti melayan perasaannya sambil memandu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan