Terlalu banyak peristiwa yang berlaku dalam hidupku seperti suatu kebetulan. Menjalani pembedahan selepas 35 hari melahirkan anak keempat..maka dapatlah aku bercuti panjang (mc free 90 hari ). Suamiku bukan cikgu..dialah yang menunggu diwad sehingga aku boleh berjalan (11 hari ). Rumahku tidak jauh dari rumah mak..maka dialah yang menjaga anak-anakku sepanjang kami di wad. ..ah..terlalu banyak sebenarnya.
Hakikatnya, sebagai seorang muslim tiada istilah kebetulan. Semua perkara telah dirancang dan diatur oleh Allah yang Maha Mengetahui.
10 tahun dulu..suamiku bertugas di Estet Sg. Dulang, Teluk Intan Perak. Hampir 2 1/2 tahun aku mengajar di sana. Ada sesuatu yang berlaku antara aku dengan manager..(lain kali aku ceritakan )..menyebabkan suami cuba mencari kerja lain. Takdirnya..dia mendapat panggilan temuduga Felda yang kami pun dah lupa bila isi borang permohonan ( rasanya setahun sebelum tu ).
Ringkas cerita..habis kursus..suami dimaklumkan anda ditugaskan di Felda Bukit Damar. Ha !!!! terkejut badak aku mendengarnya. Oh tidak!!!!kita minta tukar nak bang? Itu reaksi aku ketika itu.
Kenapa ? Bukit Damar tu ada rumah mak aku. Maknanya suamiku akan bekerja dengan bapak mertuanya..(kira-kira menantu jadi bos pada mertua la..) Mesti tak syok kan ? Rupa-rupanya Tuhan mengatur begitu..ada hikmah yang tersembunyi dan sekarang telah pun nyata.
3 tahun perkahwinan kami tidak dikurniakan cahayamata. Sebulan selepas pindah ke BD aku disahkan mengandung..Subhanallah..dah empat anakku sekarang. Semuanya dijaga oleh nenek mereka. Kalau duduk di estet dulu agaknya..tentu pening kepala cari pengasuh. Apa taknya..hanya ada 2 keluarga melayu termasuk kami.
2011, tahun ke 7 kami di sini. Allah telah mempermudahkan banyak urusanku. Rumah mertua pun hanya 2 jam dari sini. Jarak sekolah dengan rumah hanya 1km. Anak-anak no hal..mak ada. Dekat dengan keluarga..memberi peluang kepadaku berbakti kepada mereka. Sepanjang tempoh itu..akulah orang harapan mak dan abah.
Rupa-rupanya ada tujuan Allah menghantarku pulang. Jika masih di Perak sudah tentu kami hanya dapat balik sekali-sekala. Allah beriku peluang dan ruang..dekat dengan keluarga.
Dan kanser ini....oh patutlah...kalau takdir aku pergi dulu..aku tidak ralat..kerana Allah telah memulangkan ku kepada mereka 7 tahun yang lalu.
Cuma aku berharap Tuhan memberiku sedikit lagi kesempatan untuk berbakti kepada keduanya..selagi hayat mereka masih ada. Setidak-tidaknya aku dapat membawa mereka ke Tanah Suci Makkah.
Ya..Allah perkenankanlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan